Second Chance Don't Come Often

Posted by Shirah | | Posted on 1/18/2010 03:17:00 PM

0

It's okay, anyway thanks for your offered sir.....;)



Inbox ku Sayang

Posted by Shirah | | Posted on 1/04/2010 11:46:00 AM

0

Wow sudah pagi 4 Januari 2010, cepat kan dah start masuk opis balik. Hurm tp kat level ni keadaan agak sunyi lagi bila ramai yang masih holiday. Tapi inbox tetap aktif beroperasi beb, awal2 pagi dah diberi peringatan dan amaran…hehehe, well ape2 pon selamat bekerja dan enjoy your life k….




New Year 2010

Posted by Shirah | | Posted on 12/30/2009 11:17:00 AM

2

Tahun 2010 dah nak tiba, esok kita bakal kira detik 12 malam pastu boooommmm bunyi fireworks all around the world. Azam tahun baru? saya tak pernah ada sebab masa berubah, keputusan berubah, situasi dan jangkaan pon berubah, so tak perlu tetapkan sesuatu yg tak pasti. cewah. Saya mahu jadi lebih baik, lebih beriman, lebih kaya, lebih sopan, selalunya tu la azam kebanyakan orang, but for me that's my life routine. Jadi tak payah la set2 kan azam mahu jadi itu dan ini, coz nanti terkongkong dan terlepas many extraordinary chances and option.

Tips to get better life is = be prepare, try hard, pray and enjoy your life. Macam yang selalu kita buat setiap hari. easy rite. then, we've become the better person every day bukan every early of the year je....:)

Insyaallah kalo tak der hal, saya pon plan nak gi tengok fireworks kat dataran merdeka atau bukak jer pintu umah and kira berapa das tembakan fireworks from KLCC....hehe (al-maklumla umah dekat sini jer).

Habis je new year celebration? hurm nampaknya kena la rajinkan diri check website boston selain bernama.com....hehehe, zaman muda ni la nak melencong ke merata tempat. eh silap taip, melancong. huh, kesalahan ada di mana-mana bahkan bersepah di sana-sini (bak kata ketua editor saya)....:)

So, to those yang kena register semester baru cam USWATUN tu, diharapkan banyak2 bersabar yer. Siapkan tesis cepat2 sket sis or JANGAN NAK MOHON SIMPATI FOR TUITION FEES LAGIK PAHAM....hehehe.

Akhir kata untuk penutup 2009, selamat menjalani hidup yang ceria seperti hari2mu yang selalu dan take care.....well, time to say farewell to 25....hello 26...:)

Tak Ada Apa Nak Dikejar…

Posted by Shirah | | Posted on 12/03/2009 03:39:00 PM

0

Sekarang genap dua tahun saya kat sini sejak konvo 2007 dulu, banyak perkara baru dan cabaran yang saya tempuh. Berada di sini menjadikan saya lebih bercita-cita dan berimpian...pehh, sampaikan kalau boleh saya mahu menjelajah ke seluruh pelusuk dunia bukan sekadar sebagai seorang pemberita tapi juga sebagai seorang penuntut dan penerima cabaran biarpon perlu terjun dalam bidang dan kerjaya baru. (adoi penat taip) Saya mahu meneroka setiap potensi dan kemungkinan yang ada...hehehe

Apa erti kejayaan dan impian bagi setiap orang? Saya tak pasti, apakah tahap dan ukuran yang menandakan seseorang itu telah berjaya? Rasa cukup dan bersyukur dengan apa yang ada mungkin itu sebaik-baik jawapan yang diberi. Atau kerana tidak ada apa yang mahu dikejar dalam hidup?. Saya senang berbual dengan senior2 di sini, mereka punya banyak pengalaman dan cerita tersendiri. Namun, harus saya akui tak semua prinsip dan idealogi mereka boleh saya terima pakai, bukan kerana mereka punya kekurangan apa2 tetapi kerana meraka terlalu berbeza dengan saya yang sentiasa mahu berubah dan tidak mahu kekal begitu selamanya.

Rata-rata antara mereka sudah berbelas2 tahun bahkan berpuluh2 tahun bekerja di sini. Lamakan…dr muda sampai berusia masih setia di sini. Kalau saya tanya tak mahu hijrah ke tempat lain ke? jawapan mereka ialah tak ada apa nak dikejar, sini sudah selesa dan malas nak berebut2 kerja dengan graduan menganggur….hurm. Agak berbeza kan diorang dengan org yang sentiasa mahu kelainan…tak apa itulah lumrah, bukan takdir saya rasa. Apa2 pon semoga apa saja pekerjaan dan impian kita tetap diniatkan kepada kebaikan dan memperoleh keberkatan Allah. Moga kita tidak lupakan-Nya biapon susah dan senang dan yang pasti biarlah menguntungkan kita dunia dan akhirat.

Trip to Padang Besar

Posted by Shirah | | Posted on 9/25/2009 11:02:00 AM

3

Raya ke-3 > saya dan member2 ke Padang Besar, jalan2 cuci mata sambil shopping...so, selamat berkunjung ke sana jika ada masa yer...